Thursday, May 17, 2012

Sarapan

Saje je nak cite pasal sarapan. Pizza. Terang-terang memang tak sihat kan? Tapi orang degil memang suka makan menda yang dilarang. Makan sesungguh-sungguhnya. 3 keping selamat. Pastu, masuk plak staff department ni cakap "Ni ada bau pizza la, u makan pizza ek?". Dah terang-terang pizza ngah dingap oleh aku dan ade 2 keping lagi kat piring, lagi mau tanya. Nak, cakap aje laaaaaaaaaaaa.....

3 keping okeh!


Ni aku makan, time ni la aku disergah..cait!!

Keju ni la membuatkan aku rase x kenyang

Tuesday, May 15, 2012

Alternatif Iklan Along Bukit Beruntung

Korang pernah nampak iklan along di mana-mana kan? Kat tepi dinding, pintu, bus stop & macam-macam tempat lagi. Hari ni dalam sejarah, along kan terkenal dengan iklan free dia kan, pagi-pagi aku nampak ade iklan kat daun. Daun beb...kononnya bila kontrak dah habid, daun pun gugur la? Bajet macam auto gugur kan? Cit! Memang lawak. Pagi-pagi dah membuat hai aku berbunga-bunga. Eh, bukan, berdaun-daun.

Aku memang takde nak edit-edit bagai lah!

Korang ade? Aku ade....nak tempah maut, sila call nombor yang ada tu.

Monday, May 14, 2012

Pengangkutan Awam

Nak cite pasal pengangkutan awam, memang masalah biase la kalau tunggu lama-lama kan. Aku sebagai pengguna setia, haruslah tenang dan sabar kan. Aku memang selalu menggunakan LRT, bas dan Komuter. Jadi setakat nak tanya stesen ape yang nak kene pegi kalau nak ke destinasi mana-mana, aku memang expert lah. Kalau nak tipu aku tren lambat ke, tren jauh ke, memang salah orang la. Aku boleh estimate brape lama jalan dari LRT ke destinasi mana-mana. Punya la setia kan. Ape boleh buat, itu ajelah yang aku mampu. Kereta mane nak mampu beli, dengan gaji yang ciput, dok kat kotaraya. Alahai..


Sumber :Google (besar punya gambo aku letak!)

Aku nak cite pasal pengguna. Kebanyakan memang tak prihatin. Dulu masa aku pregnant, memang lah sangat menyeksakan. Dari opis naik bas sampai LRT, pastu tukar plak kat Masjid Jamek, tangga bukan sikit-sikit punya rendah, tinggi macam gunung. Sabarjelah. Itu pun orang susah nak bagi duduk. Buat-buat tido, sembang-sembang, text-text kawan, buat muka penat. Ok aku paham. Alhamdulillah, aku dikurniakan kudrat yang lebih sket dari orang mengandung biasa ni. Berdiri lama pun memang tak ada masalah. TETAPI, prihatin tetap kene ada. Ko mampu ke nak mampus bile orang tengok-tengok ko tak bagi duduk kat orang yang memerlukan kan? Alahai, aku tak cakap orang Malaysia saja, tetapi semua orang, kebanyakan, memang macam tu lah. Terutama KOMUTER. Naik ladies coach tu, ko ingat ko dapat ke tempat duduk> Orang nak bagi? Aku berani kerat jari sebab aku pregnant 9 bulan pun orang buat tak tahu je okeh! Aku bawak banyak barang pun, orang buat tak tahu aje. Dugaan Allah tu sentiasa ada kan. Tu la Allah kurniakan kudrat yang lebih sket, sebab Dia tau, sukar untuk aku hadapi kalau aku lemah.



GAGAL...full stop!!

Eceh..bukan gagal ape pon. Semalam, aku menghadirkan diri ke ujian undang-undang (baru nak amek ujian dah tua ni). Ujian nak amek lesen le gamaknye..konon dulu tak nak amek lesen, sebab bas RapidKL kan ade. Itu lah pengangkutan aku pergi balik kerja setiap hari dan ketika. Dari sebelom kawin, sampai la lepas kawin. Dari sebelom beranak, sampai la selepas beranak. Aalhai, macam-macam dugaan jugak la aku tempuh, tapi, RapidKL tetap menjadi pengangkutan utama. Nak buat macamana, pergi ke PJ ade bas, dari Puchong ke Kolumpo, ade bas, nak ke Putrajaya, ade bas dia..semuanya dia..


At last, suamiku dah fed up. Dia suruh aku amek lesen dan end up nya - GAGAL. Ape boleh buat. Takkan aku nak melalak kat penyelia tu suruh aku masuk bilik tu balik dan amek ujian secara free..bukan free woi! RM50 kalau nak ulang balik. Aku redha. Frust pun ye. Nak buat ape lagi, aku balik ke Kajang dengan hati yang sebal. Bayangkan dari Puchong Perdana ke Kajang, tak ke bernanah kaki nak menempuh 3 bas? Jauh kan? Tu rumah mak aku. Rumah aku kat area Puchong je sebenornye. Baik ati juge le suami aku nak tolong bayorkan lesen tu. Hahahahaha...aku rase ramai yang fail sebab semuanya keluar bilik dengan muke kelat-kelat. Berserah aje lah kan. Ko mane boleh goda amoi penyelia tu, sat gi kene side kick plak.

Muke sebal..

Thursday, May 10, 2012

Baby & Mag --

Mula kerja, baca paper dulu...Mami & baby..Kosmo & Star



Sebab-sebab aku suke bace mende2 ni..


  1. Star tempat aku cari tempat sopink, kerja kosong & gosip hangat. Suratkhabar lain ade ke berita hangat yang best? Ada, tapi mungkin sikit jelah kan.
  2. Kosmo, akhbar tabloid, mungkin sebab dia simple, jadi, senang nak paham. Berita pun tak de la ke laut je memanjang kan..
  3. Mami & baby, penuh info pasal baby & me. Bagus untuk sape2 yang ade baby.


Kekadang info-info ni bukan mudah nak jumpe kat majalah lain, selain internet.


Kolik, penting untuk baby-baby.. Kekadang tak sendawa lagi dah tidurkan dia kan.
Simptom-simptom yang biasa :-
  • Sesi menangis yang kerap dan keterlaluan - biase terjadi sebelum baby berumur 4 bulan. Tetapi, boleh juga terjadi dengan lebih lama.
  • Menangis yang tidak boleh diterangkan - X de masalah sebenornye, cume ianya didefinisikan sebagai kolik. Nangis je tak berenti, payah jugak kan..aku pernah jadi macam tu juga.
  • Menangis keterlaluan dan ketidakselesaan - Baby jadi cerewet, meronta-ronta, mengeraskan otot-ototnya, mungkin kolik penyebabnya. Mungkin diiringi tangisan terlampau dan muka pun jadi merah. 


Sebabnya ialah masalah penghadaman dan kerisauan. Angin, asid refluks dan gastritis - pembengkakkan, hakisan atau gangguan di lapisan perut. 

Penyelesaiannya?
Gripe water - air mengandungi herba seperti jintan, jintan hitam & halia. Boleh je dapat di farmasi yang berdekatan. Kalo tak ada, cari kat jauh-jauh pulak.



Mereka sukakan penjelajahan. Biarkan mereka ... Selagi selamat, kita sebagai ibu bapa, biarkan mereka membuat pilihan sendiri =)


           Tengok tu, kan suke dia..makan selagi boleh makan...       Pic - cilok from Deviantart       





Artikel - Cilok from Mami & Baby mag