Sumber :Google (besar punya gambo aku letak!)
Monday, May 14, 2012
Pengangkutan Awam
Nak cite pasal pengangkutan awam, memang masalah biase la kalau tunggu lama-lama kan. Aku sebagai pengguna setia, haruslah tenang dan sabar kan. Aku memang selalu menggunakan LRT, bas dan Komuter. Jadi setakat nak tanya stesen ape yang nak kene pegi kalau nak ke destinasi mana-mana, aku memang expert lah. Kalau nak tipu aku tren lambat ke, tren jauh ke, memang salah orang la. Aku boleh estimate brape lama jalan dari LRT ke destinasi mana-mana. Punya la setia kan. Ape boleh buat, itu ajelah yang aku mampu. Kereta mane nak mampu beli, dengan gaji yang ciput, dok kat kotaraya. Alahai..
Aku nak cite pasal pengguna. Kebanyakan memang tak prihatin. Dulu masa aku pregnant, memang lah sangat menyeksakan. Dari opis naik bas sampai LRT, pastu tukar plak kat Masjid Jamek, tangga bukan sikit-sikit punya rendah, tinggi macam gunung. Sabarjelah. Itu pun orang susah nak bagi duduk. Buat-buat tido, sembang-sembang, text-text kawan, buat muka penat. Ok aku paham. Alhamdulillah, aku dikurniakan kudrat yang lebih sket dari orang mengandung biasa ni. Berdiri lama pun memang tak ada masalah. TETAPI, prihatin tetap kene ada. Ko mampu ke nak mampus bile orang tengok-tengok ko tak bagi duduk kat orang yang memerlukan kan? Alahai, aku tak cakap orang Malaysia saja, tetapi semua orang, kebanyakan, memang macam tu lah. Terutama KOMUTER. Naik ladies coach tu, ko ingat ko dapat ke tempat duduk> Orang nak bagi? Aku berani kerat jari sebab aku pregnant 9 bulan pun orang buat tak tahu je okeh! Aku bawak banyak barang pun, orang buat tak tahu aje. Dugaan Allah tu sentiasa ada kan. Tu la Allah kurniakan kudrat yang lebih sket, sebab Dia tau, sukar untuk aku hadapi kalau aku lemah.
Labels:
Diriku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment