Monday, May 14, 2012

GAGAL...full stop!!

Eceh..bukan gagal ape pon. Semalam, aku menghadirkan diri ke ujian undang-undang (baru nak amek ujian dah tua ni). Ujian nak amek lesen le gamaknye..konon dulu tak nak amek lesen, sebab bas RapidKL kan ade. Itu lah pengangkutan aku pergi balik kerja setiap hari dan ketika. Dari sebelom kawin, sampai la lepas kawin. Dari sebelom beranak, sampai la selepas beranak. Aalhai, macam-macam dugaan jugak la aku tempuh, tapi, RapidKL tetap menjadi pengangkutan utama. Nak buat macamana, pergi ke PJ ade bas, dari Puchong ke Kolumpo, ade bas, nak ke Putrajaya, ade bas dia..semuanya dia..


At last, suamiku dah fed up. Dia suruh aku amek lesen dan end up nya - GAGAL. Ape boleh buat. Takkan aku nak melalak kat penyelia tu suruh aku masuk bilik tu balik dan amek ujian secara free..bukan free woi! RM50 kalau nak ulang balik. Aku redha. Frust pun ye. Nak buat ape lagi, aku balik ke Kajang dengan hati yang sebal. Bayangkan dari Puchong Perdana ke Kajang, tak ke bernanah kaki nak menempuh 3 bas? Jauh kan? Tu rumah mak aku. Rumah aku kat area Puchong je sebenornye. Baik ati juge le suami aku nak tolong bayorkan lesen tu. Hahahahaha...aku rase ramai yang fail sebab semuanya keluar bilik dengan muke kelat-kelat. Berserah aje lah kan. Ko mane boleh goda amoi penyelia tu, sat gi kene side kick plak.

Muke sebal..

No comments:

Post a Comment