Showing posts with label Ragam Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Ragam Inspirasi. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

I'm a food lover!

Bukan untuk aku. Aku memang pencinta makanan tetapi ini bukan ditujukan pada aku. Tapi ada guest yang laki aku cite beberapa hari yang lepas. Kata doh pizza masam la ape la. Bini pregnant, bagi makanan ape pon, kalau dah tak kena dengan tekak dia, memang tak masuk la kan. Orang lain elok aje makan tak mati-mati pon. Ko kata doh masam pula. Nak makan free? Ke memang nak malukan hotel laki aku? Kalau ko food lover, ko takkan komplen terus la. Mesti ko akan komplen di blog dan caci maki yang boleh tahan ayatnya pon akan masuk juga di dalam blog atau forum-forum yang berkenaan. Aku juga kalau tak kena dengan makanan tu, memang aku caci maki di facebook saja ma. Melainkan kalau ko jumpa kaki katak (ops!) atau lalat ke, memang la kene komplen. Kalau tak, cirit birit mengiringi anda ataupon trauma berleluasa di dalam minda ok!

dah habis.

Monday, September 17, 2012

Baby Sudu

Haha..aku pelik juga bile first time tengok baby sudu. Aku penah tengok sudu anak dan sudu bapak aje...atok sudu tu Senduk la. Haha. Tibe-tibe laki aku terbawa balik baby sudu tu. Aku tengok kecik sangat. Dia tu memang selalu seludup kutleri. Tapi bawak balik sana balik ar. Ada yang 'tertinggal' di sini. Aku pon dengan selambanya guna la kan. Dok sudu-sudu garam. Senang. Sebab kecik.

Bapak Sudu, Anak sudu dan Baby sudu.

Comel kan?

Friday, August 31, 2012

Merdeka

Sempena Merdeka ni, aku raya jap kat umah mak aku kat Kajang. Sebab kebetulan pula laki aku cuti kan, ape salahnya mengambil kesempatan yang tak mungkin aku dapat di lain hari untuk aku beraya walaupon satu rumah aje. Kui3. Mase tu mak aku cakap ade YB nak datang kat taman tu. Aku gi amek spek yang berkurun tak amek. Balik-balik, terus dengan tak malunya gi makan.

Aku hanya amek gambo mase bunga api aje.. Haha.


Timing baek punye...

Kebetulan pulak, memang cun la kan


Haha, ni dah lepas baru aku dapat snap


Suasana yang meriah dan penuh dengan budak-budak. Best. Makanan dia pon ok

Wednesday, August 15, 2012

Cakap Besar

Cakap besar atau berlagak kaya? 

Bagi aku dua-dua tu sama saje. Sebab dua-dua memerlukan modal untuk menunjuk kan? Cakap bohong tu tak payah la, aku tau aku gaji kecik dari ko, jangan nak menunjuk yang bukan-bukan. Kaya tapi hutang keliling pinggang, eh, sorry ye kalo ko hidup pon tidur tak boleh nak lena sebab pikir hutang takkan habis 7 keturunan.

Pertama, cerita cakap besar. Aku tau ko memang dok rumah mewah yang cantik dan serba serbi cantik. Aku dok flat kos rendah aje. Tapi bezanya, rumah aku sendiri dan ko sewa. Menunjuk shopping beli belah sampai RM10k? Ko ade? Aku memang tak boleh pergi la dengan statement 10K tu.. Korek sana sini. Aku paham ko memang banyak duit tapi don't be ridiculous with that statement. Aku bukan nak kutuk laki ko keje ape ke, tapi biar beragak. Bulan puasa ni pon ko masih nak cakap besar macam ko berbelanja bagai nak rak serupa Datin Wannabe? At last, aku juge nak cover ko dari panggilan-panggilan hangit yang melanda.

Kedua, berlagak kaya. Aku tak tau dia ni memang betol-betol kaya atau tak. Sebab aku penah terdengar dia pening nak bayat duit kete. 2 minggu lepas, laki aku beli Alza. Fine la kan, rasa cm bangge pon ade naik kete baru kan. Tapi takde la sampai nak meninggi diri. Orang pon ramai tak tau kami beli kete baru. Tapi paham aje la kan, kalau dah dok rumah flat kos rendah, dinding pon boleh bercakap! Semua dok tanya kereta baru la, brape beli la, bayar bulan-bulan berapa la. Paling eksaited ialah.......... Makcik jiran sebelah.

Fine, aku tak kesah la kalo ko nak tanya ape ke kan. Tup-tup, semalam ade pulak Wish 2007 kat garaj dia. Wah, memang tanjat la datin ni kan. Datin ni baru nak tido, datuk dah kejut jiran sebelah beli kete baru. Lagi gak okeh! Aku pon terpinga-pinga memule, tapi biarlah kan. Diorang ni tak boleh tengok kitorang senang sikit. Ade je nak lelebih. Mungkin banyak bonusnya. Alhamdulillah,tapi itu bukan lesen untuk ko berlagak dengan semua orang bahawa ko adalah paling kaya di rantau ini ok!

Tuesday, August 14, 2012

Iklan Kurus

Mule-mule, aku pelik, kenapa orang Malaysia taksub sangat nak kurus? Padahal, boleh je kurus kalau ko rasa nak kurus dengan diet yang seimbang dan rigid (memang tak patut tapi itulah yang berkesan!)

Banyak sangat iklan kurus sana sini termasuklah dalam majalah Mingguan Wanita. Pada mulanya, aku ok-ok saje la sebab aku memang saje nak cari produk yang serasi dengan aku contohnya produk susu kambing ke, untuk baby ke. Bile lame-lame, aku jadi muak pulak, sebab banyak sangat ubat rangsangan seks dan kurus menjadi produk utama jualan mereka.

Bagi aku, tak salah la ko nak jual ape-ape yang ok bagi ko kan. Ko nak untung berlipat ganda pon takpe. Tapi semuanya nak kurus, semua nak makan ubat tahapape2 tu, boleh jadik kesan yang buruk tau. Aku ade pengalaman. Sebab aku juga nak kurus melengking mase sebelom kawen dulu.


Credit to Google


Produk pertama aku guna ialah Premium Beautiful. Ye, aku gune PB sebab aku memang senang terpengaruh. Mahal plak tu. Sabar ajela kan. Oleh kerana boleh bayar ansur-ansur, maka, aku pon belilah dengan relanya. Memang berkesan, tapi ko kene tahan la perot ko memang akan rasa tersepit dan sakit sangat. Aku tak tahan. Nak pakai bengkung dia, memang ade parut. Jadi, memang naseb la sampai bebile pon aku takkan pakai. Mahal aje lebih. Pada aku, disiplin memang kena ada la kalau nak kesan lebih baik. Tapi aku bukan jenis begitu. Badan aku nant tak gebu sebab ade parut-parut kat perut pulak.

Credit to Google


Produk kedua aku guna ialah Pil Lami. Pil Indon ni. Aku pakai sebab kawan akuyang syorkan kalau nak kurus cepat. Memang kurus wei, jeans lama aku semua boleh pakai. Tapi kesannya memang sangat dasat! Aku rasa berdebor tak kire masa. Pastu kawan aku plak baru cakap, JANGAN MAKAN! Aku pelik nape JANGAN MAKAN? Rupanya dah ade orang mati sebab makan pil ni. Erk!!!!!


Credit to Google


Lepas tu, terus aku tak makan ape-ape ubat kurus. Dan aku tka taksub lagi dengan ubat kurus! Takut wei!!!! 


Tapi kalo ko nak kurus sebab nak tunjuk kat orang lain ko boleh pakai ketat, baik ko jalan ke laut..

Credit to Google
Nak bagi nampak poen la, tut tut la..tak perlulah kot..

Monday, August 6, 2012

Segala makanan di waktu Ramadan.

Aku memang suka makan. Time berbuka adalah waktu yang amat sesuai untuk aku memilih segala makanan yang ada di dunia ini. Ahaks!

Aku memilih bermacam-macam dan apa gunanya kalau berbuka sorang-sorang aje kan. Aku suka snap gambo makanan.

Murtabak yang aku memang suka sejak dari kecik lagi. Hanya guna kulit popia saja.

Sp ayam+carrot+kubis. Boleh tambah sikit sup ni dalam bubur si comel.

Sambal termanis..aku memandai nak tambah gula kan.


Ayam goreng saja. Nama pon berbuka sorang-sorang. Memang malas kan.

Timun Jepun. Al kisahnya nak berdiet kononnya. Haha

Dim Sum -  Beli kat Bazar Ramadan Prima Saujana.

16 biji - RM10 (mahal la juga bagi aku sebab tengok kecik-kecik kan)


Best. Makan sampai muak!!

Saturday, July 21, 2012

First Ramadhan

Ramadhan pertama aku hanya lauk-lauk simple dan dapat disiapkan dalam masa setengah jam aje termasuk menyediakan dan habis masak. Alhamdulillah, rezekiNya tak pernah putus sekalipun kita rasakan rezekiNya tiada untuk kita. Jika tiada rezeki di satu benda, benda lain mungkin kita dapat. Insya Allah.

Meskipun Ramadhan ini tiada dirinya di sisi kami, aku sentiasa doakan dia berada di kalangan orang yang beriman. Amin..

Dialah ayahku, sahabatku, selamanya. Hanya dia.

Monday, July 2, 2012

Eksiden bertingkat-tingkat

Letak label bawah Ragam dan Inspirasi. Bertabah la kan. Bukan nak inspirasi eksiden tu dalam hidup aku. Alahai, memang dasat jem semua!!!!









Gigih kan nak bergambar bagai..

Tuesday, June 12, 2012

LDP

When I heard LDP, I assume everyone know how terrible jammed along LDP right? From Puchong to Damansara, we will see all the vehicle (vehicle ok? haha) will slowly move to Damansara or vice versa. Sometimes, I feels like I want to quit from my job now but I have to think, I have responsibilities to my siblings. Sigh. LDP, most people even me think that we don't have to pay the toll, but, the maintenance should be maintain every times. Everyday I will think about my love LDP, Prasarana should done the LRT station in Puchong quickly. Please.


Me, always late come to my office =(

Tuesday, May 29, 2012

Lain Fakta?

Selalu bila aku baca suratkhabar, aku mesti akan bandingkan dengan suratkhabar lain. KERANA, kebanyakan suratkhabar hanya akan mengeluarkan fakta sensasi untuk pembaca dungu macam aku ni. Dungu macam mana? Dungu seperti aku yang selalunya akan percaya semua berita dalam rencana itu. Dan aku akan komplen-komplen la (macam pandai aje aku ni nak mengomplen bagai). Aku sertakan gambar seperti di bawah.

Berita Harian

Kosmo


Aku letak gambo aje, malas nak komen lebih-lebih sebab aku bukan arif di bidang ini. Tak ke pelik semua berlumba-lumba nak keluarkan fakta paling sensasi di dunia? *Sigh*

Friday, May 18, 2012

Cuci mata..

Tak pasti nak letak pic mana. Mase aku tunggu bas punye la lame pagi tadi, tiba-tiba aku terlihat awan yang cun! Cun okeh! Macam bukit ape ntah. 



Tuesday, May 15, 2012

Alternatif Iklan Along Bukit Beruntung

Korang pernah nampak iklan along di mana-mana kan? Kat tepi dinding, pintu, bus stop & macam-macam tempat lagi. Hari ni dalam sejarah, along kan terkenal dengan iklan free dia kan, pagi-pagi aku nampak ade iklan kat daun. Daun beb...kononnya bila kontrak dah habid, daun pun gugur la? Bajet macam auto gugur kan? Cit! Memang lawak. Pagi-pagi dah membuat hai aku berbunga-bunga. Eh, bukan, berdaun-daun.

Aku memang takde nak edit-edit bagai lah!

Korang ade? Aku ade....nak tempah maut, sila call nombor yang ada tu.