Cakap besar atau berlagak kaya?
Pertama, cerita cakap besar. Aku tau ko memang dok rumah mewah yang cantik dan serba serbi cantik. Aku dok flat kos rendah aje. Tapi bezanya, rumah aku sendiri dan ko sewa. Menunjuk shopping beli belah sampai RM10k? Ko ade? Aku memang tak boleh pergi la dengan statement 10K tu.. Korek sana sini. Aku paham ko memang banyak duit tapi don't be ridiculous with that statement. Aku bukan nak kutuk laki ko keje ape ke, tapi biar beragak. Bulan puasa ni pon ko masih nak cakap besar macam ko berbelanja bagai nak rak serupa Datin Wannabe? At last, aku juge nak cover ko dari panggilan-panggilan hangit yang melanda.
Kedua, berlagak kaya. Aku tak tau dia ni memang betol-betol kaya atau tak. Sebab aku penah terdengar dia pening nak bayat duit kete. 2 minggu lepas, laki aku beli Alza. Fine la kan, rasa cm bangge pon ade naik kete baru kan. Tapi takde la sampai nak meninggi diri. Orang pon ramai tak tau kami beli kete baru. Tapi paham aje la kan, kalau dah dok rumah flat kos rendah, dinding pon boleh bercakap! Semua dok tanya kereta baru la, brape beli la, bayar bulan-bulan berapa la. Paling eksaited ialah.......... Makcik jiran sebelah.
Fine, aku tak kesah la kalo ko nak tanya ape ke kan. Tup-tup, semalam ade pulak Wish 2007 kat garaj dia. Wah, memang tanjat la datin ni kan. Datin ni baru nak tido, datuk dah kejut jiran sebelah beli kete baru. Lagi gak okeh! Aku pon terpinga-pinga memule, tapi biarlah kan. Diorang ni tak boleh tengok kitorang senang sikit. Ade je nak lelebih. Mungkin banyak bonusnya. Alhamdulillah,tapi itu bukan lesen untuk ko berlagak dengan semua orang bahawa ko adalah paling kaya di rantau ini ok!
No comments:
Post a Comment