Thursday, August 16, 2012

Pra Raya

Hari ini aku berkesempatan update blog buat kali terakhir dari opis yang bernama Gamuda Land. Kerana, aku telahpon berhenti kerja buat seketika. Aku berhenti kerja sebab jarak opis baru nanti sangat jauh. Baik aku naik kapatebang macam tu kan. Sememangnya aku harus berhenti kerja sebab kena keluar awal (walaupon aku selalu jugak lewat) dan sampai rumah pon lewat jugak Kesian anak aku. Isk isk isk. Oleh kerana itu, aku pon mencari kerja baru. Dan dapat jugak kat area Puchong tu.

Gaji nak mintak lelebih pon takut juge. Akhirnya dapat la ape yang aku nak tu.

Hari ini juga, memang rekod dunia pada aku la, sebab aku sampai opis hanya dalam 20 minit saja dari Puchong ke Damansara. Hari-hari macam ni kan best. Aku memang suke sangat kalau begini, takde la aku nak berhenti kerja kan. Tapi apakan daya, aku memang tak berdaya.

Dengan hari raya tengah bulan, gaji tak masuk lagi, aku memang tak mampu nak buat lebih-lebih..

No comments:

Post a Comment