Friday, August 31, 2012

Awatif

Kini sudah pandai merangkak dan meniti kerusi atau di mana-mana saja dia boleh meniti.. Kerjanya juga sudah lebih high class dengan menyepahkan barang semua. Segalanya tak selamat bagi aku termasuklah buku dan laptop aku. Bahaya. Hanya menunggu jatuh ke riba dia aje. Perhati laptop aku macam nak makan orang. Pantang aku online, dia pon nak tengok twinkle-twinkle dia. Alahai, nasib anak sorang kan..

Kat belakang tu dah terang lagi jelas bersepah-sepah

Tanpa rasa bersalah.. Haha

Haha, memang nak join tengok laptop

Nak ngap laptop aku..

Kat tangan dia tu wayar dah dijajah,,,selamat

Haha..ape nak kata? Skrin pon dia nak pegang

Ni dia nak berdiri

Cuba jugak..




At last, aku bukak jugak la twinkle-twinle

Hasil kerja tangan dia memang dasat kat tikar getah aku

Kalo Owl ni hidup alam nyata, pasti dia penat hari-hari kena terbang ke langit

Merdeka

Sempena Merdeka ni, aku raya jap kat umah mak aku kat Kajang. Sebab kebetulan pula laki aku cuti kan, ape salahnya mengambil kesempatan yang tak mungkin aku dapat di lain hari untuk aku beraya walaupon satu rumah aje. Kui3. Mase tu mak aku cakap ade YB nak datang kat taman tu. Aku gi amek spek yang berkurun tak amek. Balik-balik, terus dengan tak malunya gi makan.

Aku hanya amek gambo mase bunga api aje.. Haha.


Timing baek punye...

Kebetulan pulak, memang cun la kan


Haha, ni dah lepas baru aku dapat snap


Suasana yang meriah dan penuh dengan budak-budak. Best. Makanan dia pon ok

Monday, August 27, 2012

Suri Rumah Tangga

Erk! Rasa cam patah kaki bila tak kerja ni. Biase pagi-pagi dah get ready nak gi keje, hanto anak ke baby sitter n tunggu bas. Kini, tiada lagi.. Aku bangun pagi-pagi pastu tido balik. Haha.

At least aku dapat tengok perkembangan anak aku lebih dekat.

Macam-macam dugaan jugak. Bil internet kene potong dan sekaligus menggagalkan aku menjalani test akaun minggu lepas. Sedih!

Thursday, August 16, 2012

Pra Raya

Hari ini aku berkesempatan update blog buat kali terakhir dari opis yang bernama Gamuda Land. Kerana, aku telahpon berhenti kerja buat seketika. Aku berhenti kerja sebab jarak opis baru nanti sangat jauh. Baik aku naik kapatebang macam tu kan. Sememangnya aku harus berhenti kerja sebab kena keluar awal (walaupon aku selalu jugak lewat) dan sampai rumah pon lewat jugak Kesian anak aku. Isk isk isk. Oleh kerana itu, aku pon mencari kerja baru. Dan dapat jugak kat area Puchong tu.

Gaji nak mintak lelebih pon takut juge. Akhirnya dapat la ape yang aku nak tu.

Hari ini juga, memang rekod dunia pada aku la, sebab aku sampai opis hanya dalam 20 minit saja dari Puchong ke Damansara. Hari-hari macam ni kan best. Aku memang suke sangat kalau begini, takde la aku nak berhenti kerja kan. Tapi apakan daya, aku memang tak berdaya.

Dengan hari raya tengah bulan, gaji tak masuk lagi, aku memang tak mampu nak buat lebih-lebih..

Wednesday, August 15, 2012

Cakap Besar

Cakap besar atau berlagak kaya? 

Bagi aku dua-dua tu sama saje. Sebab dua-dua memerlukan modal untuk menunjuk kan? Cakap bohong tu tak payah la, aku tau aku gaji kecik dari ko, jangan nak menunjuk yang bukan-bukan. Kaya tapi hutang keliling pinggang, eh, sorry ye kalo ko hidup pon tidur tak boleh nak lena sebab pikir hutang takkan habis 7 keturunan.

Pertama, cerita cakap besar. Aku tau ko memang dok rumah mewah yang cantik dan serba serbi cantik. Aku dok flat kos rendah aje. Tapi bezanya, rumah aku sendiri dan ko sewa. Menunjuk shopping beli belah sampai RM10k? Ko ade? Aku memang tak boleh pergi la dengan statement 10K tu.. Korek sana sini. Aku paham ko memang banyak duit tapi don't be ridiculous with that statement. Aku bukan nak kutuk laki ko keje ape ke, tapi biar beragak. Bulan puasa ni pon ko masih nak cakap besar macam ko berbelanja bagai nak rak serupa Datin Wannabe? At last, aku juge nak cover ko dari panggilan-panggilan hangit yang melanda.

Kedua, berlagak kaya. Aku tak tau dia ni memang betol-betol kaya atau tak. Sebab aku penah terdengar dia pening nak bayat duit kete. 2 minggu lepas, laki aku beli Alza. Fine la kan, rasa cm bangge pon ade naik kete baru kan. Tapi takde la sampai nak meninggi diri. Orang pon ramai tak tau kami beli kete baru. Tapi paham aje la kan, kalau dah dok rumah flat kos rendah, dinding pon boleh bercakap! Semua dok tanya kereta baru la, brape beli la, bayar bulan-bulan berapa la. Paling eksaited ialah.......... Makcik jiran sebelah.

Fine, aku tak kesah la kalo ko nak tanya ape ke kan. Tup-tup, semalam ade pulak Wish 2007 kat garaj dia. Wah, memang tanjat la datin ni kan. Datin ni baru nak tido, datuk dah kejut jiran sebelah beli kete baru. Lagi gak okeh! Aku pon terpinga-pinga memule, tapi biarlah kan. Diorang ni tak boleh tengok kitorang senang sikit. Ade je nak lelebih. Mungkin banyak bonusnya. Alhamdulillah,tapi itu bukan lesen untuk ko berlagak dengan semua orang bahawa ko adalah paling kaya di rantau ini ok!

Tuesday, August 14, 2012

Iklan Kurus

Mule-mule, aku pelik, kenapa orang Malaysia taksub sangat nak kurus? Padahal, boleh je kurus kalau ko rasa nak kurus dengan diet yang seimbang dan rigid (memang tak patut tapi itulah yang berkesan!)

Banyak sangat iklan kurus sana sini termasuklah dalam majalah Mingguan Wanita. Pada mulanya, aku ok-ok saje la sebab aku memang saje nak cari produk yang serasi dengan aku contohnya produk susu kambing ke, untuk baby ke. Bile lame-lame, aku jadi muak pulak, sebab banyak sangat ubat rangsangan seks dan kurus menjadi produk utama jualan mereka.

Bagi aku, tak salah la ko nak jual ape-ape yang ok bagi ko kan. Ko nak untung berlipat ganda pon takpe. Tapi semuanya nak kurus, semua nak makan ubat tahapape2 tu, boleh jadik kesan yang buruk tau. Aku ade pengalaman. Sebab aku juga nak kurus melengking mase sebelom kawen dulu.


Credit to Google


Produk pertama aku guna ialah Premium Beautiful. Ye, aku gune PB sebab aku memang senang terpengaruh. Mahal plak tu. Sabar ajela kan. Oleh kerana boleh bayar ansur-ansur, maka, aku pon belilah dengan relanya. Memang berkesan, tapi ko kene tahan la perot ko memang akan rasa tersepit dan sakit sangat. Aku tak tahan. Nak pakai bengkung dia, memang ade parut. Jadi, memang naseb la sampai bebile pon aku takkan pakai. Mahal aje lebih. Pada aku, disiplin memang kena ada la kalau nak kesan lebih baik. Tapi aku bukan jenis begitu. Badan aku nant tak gebu sebab ade parut-parut kat perut pulak.

Credit to Google


Produk kedua aku guna ialah Pil Lami. Pil Indon ni. Aku pakai sebab kawan akuyang syorkan kalau nak kurus cepat. Memang kurus wei, jeans lama aku semua boleh pakai. Tapi kesannya memang sangat dasat! Aku rasa berdebor tak kire masa. Pastu kawan aku plak baru cakap, JANGAN MAKAN! Aku pelik nape JANGAN MAKAN? Rupanya dah ade orang mati sebab makan pil ni. Erk!!!!!


Credit to Google


Lepas tu, terus aku tak makan ape-ape ubat kurus. Dan aku tka taksub lagi dengan ubat kurus! Takut wei!!!! 


Tapi kalo ko nak kurus sebab nak tunjuk kat orang lain ko boleh pakai ketat, baik ko jalan ke laut..

Credit to Google
Nak bagi nampak poen la, tut tut la..tak perlulah kot..

Monday, August 13, 2012

Baju Raya

Oleh kerana tahun ni balik Ipoh, aku tak pasti bila aku boleh balik Muar.

Dan baju raya pun ala kadar. (ala kadar la sangat, 5 bulan tempah takj amek2 lagi sebab rumah member aku jauh gile kat cheras.)

Baju Awatif pon tempah kat adek aku.

Laki aku taktau la beli ke tak kan.

Bila raya, memanjang duit menjadi masalah utama. Nak bagi duit raya kat anak buah, nak bagi kuih-muih lagi. Aku memang order kek lapis Sarawak dan kuih coklat salut nestum kat Kak Ila tu aje.

Maklum la, nak jimat-jimat pun, memang akan jadi shortage gila-gila tang duit punya!

Alahai raya...


Sedih sebab tahun pertama raya tanpa ayah...

Monday, August 6, 2012

Sama tak?



Segala makanan di waktu Ramadan.

Aku memang suka makan. Time berbuka adalah waktu yang amat sesuai untuk aku memilih segala makanan yang ada di dunia ini. Ahaks!

Aku memilih bermacam-macam dan apa gunanya kalau berbuka sorang-sorang aje kan. Aku suka snap gambo makanan.

Murtabak yang aku memang suka sejak dari kecik lagi. Hanya guna kulit popia saja.

Sp ayam+carrot+kubis. Boleh tambah sikit sup ni dalam bubur si comel.

Sambal termanis..aku memandai nak tambah gula kan.


Ayam goreng saja. Nama pon berbuka sorang-sorang. Memang malas kan.

Timun Jepun. Al kisahnya nak berdiet kononnya. Haha

Dim Sum -  Beli kat Bazar Ramadan Prima Saujana.

16 biji - RM10 (mahal la juga bagi aku sebab tengok kecik-kecik kan)


Best. Makan sampai muak!!

Thursday, August 2, 2012

Kelana Jaya

Semalam aku berbuka di Kelana Jaya. Pergi la bazar ramadan kat situ. Dengan incik husband la.. Sebab nak balik rumah memang tak menyempat la kan. Jadi kami berbuka di Giant Kelana Jaya. Beli la ape-ape yang patut. Gulai kawah tak termasuk dalam gambo sebabaku beli untuk sahur esok paginye.

Popia Basah,.,.tak sedap