Wednesday, May 30, 2012

Meniarap

Awatif baru pandai meniarap pada 28 May 2012. Aku lame dah menunggu saat ini, pasni merangkak pulak kan. Dia dah pandai bubbling, cakap ummi, abi dan ibu, senyum, refleksi pada cermin tu dah semakin mudah. Cuma punggung berat, payah betul nak meniarap. Susu pun dah meningkat pada 5oz. Tiap-tiap bulan 5 kotak (dalam ada 2 peket) susu NAN. Mahal pulak tu, tapi takpe, demi anak kan. Umur 6 bulan nanti tukar susu lain pulak kan. 


Tuesday, May 29, 2012


Pada suatu hari (Eh, malam). Dah lama dah gambar ni, cuma baru saja diupload. Setelah sekian lama, laki aku baru la dapat cuti di hari minggu. Sukar bersuamikan lelaki yang kerja bahagian hotel ni, tetapi, masa dia cuti di hari minggu adalah masa yang paling berkualiti. Kang anak tak kenal bapak pulak kan. Kami pegi ke IOI mall, memang padat dengan manusia-manusia yang suka shopping sakan ni. Memang respek la mereka ni, senang je nak berjalan-jalan kan? Alahai, aku ni punya la susah nak mencari masa. 



















Lain Fakta?

Selalu bila aku baca suratkhabar, aku mesti akan bandingkan dengan suratkhabar lain. KERANA, kebanyakan suratkhabar hanya akan mengeluarkan fakta sensasi untuk pembaca dungu macam aku ni. Dungu macam mana? Dungu seperti aku yang selalunya akan percaya semua berita dalam rencana itu. Dan aku akan komplen-komplen la (macam pandai aje aku ni nak mengomplen bagai). Aku sertakan gambar seperti di bawah.

Berita Harian

Kosmo


Aku letak gambo aje, malas nak komen lebih-lebih sebab aku bukan arif di bidang ini. Tak ke pelik semua berlumba-lumba nak keluarkan fakta paling sensasi di dunia? *Sigh*

Tuesday, May 22, 2012

Kereta


Laki aku merancang untuk beli kereta. Maklumlah, sekarang guna kereta kecil aje. Nak bawak stroller pon kene pk banyak kali, balik kampung pon nak kene pk, bawak stroller ke tak. Kalau bawak, memang tak muat beg-beg lain. Tetapi, bajet kene pk juge kan. Sekarang, ade banyak pilihan seperti di bawah :-

Alza...memang cantik dan keboom!! Sesuai dengan bajet kami.

Livina X-Gear  - Yang ni memang aku aim, sesuai dengan kami yang muda (MUDA ke?) dan aku suke sebab besar pun besar.


Erm..yang mana satu pilihanku? Kereta kecil tu boleh aku bikin pegi mane2 dengan anak aku bile si dia sibuk bekerja kan. Maklum le, aku baru nak amek lesen. Haha


Monday, May 21, 2012

Twinkle Twinkle

Lagu Twinkle Little Star tu kan selalu juga kita dengar time kecik-kecik dulu. Anak aku pun suke juga. Mengamuk dia kalau aku tutup. Memang kene la sentiasa bukak. Bukan tak nak bukak zikir-zikir ke ape, tapi aku memang bukak, kekadang bukan lagu-lagu. Memang budak-budak kan suka lagu yang senang kan. Happy je rasa. Semua lagu kanak-kanak kat youtube aku download. Aku buat flash cards untuk dia. Sebab jimat. Boleh aje download kat internet, bukan susah pun kan. Nak beli mahal-mahal, aku lebih suka buang duit tu ke benda keperluan dia. Senang aje nak download, cari aje kat Google. Masa lepas pantang, aku bagi dia kad warna, tak tau la ape tujuan dia tapi dia lebih fokus bila tengok kaler-kaler. Gelagat dia time weekend memang best. 



Twinkle..










Friday, May 18, 2012

Olive Oil??

Hehe....penah masak nasik goreng gune olive oil? Masak kari? Tak de beza pun sebenornye rase dia. Cuma lebih sihat la (sihat ke kalau sokmo masak goreng-goreng?) Haha.

Ceritanya sebenor-benornya begini, olive oil tu untuk masak spageti ke, makaroni ke, ape-ape saje yang western lah! Jadi, minyak sawit dah habis, aku mintak tolong laki aku belikan. Dia terlupa, pastu aku pun tanya "Macamana nak masak ni, minyak takde". Laki aku jawab pe? "Guna aje olive oil tu, sihat pun sihat". Aik! Takkan aku nak goreng ikan, ayam dll gune olive oil? Kayanye aku masak sume gune olive oil? Haha. 


Sementara si kecik tido tadi, aku goreng nasik gune olive oil okeh! Cam jakun gile kan? Maklum la, selama ni masak gune minyak murah. Rumah nenek aku gune minyak kerotino wane merah pon aku boleh heran. Haha......





Ni makan petang semalam di opis. Saje menyemak.

Sementara si kecik ni tido. Tak mandi lagi pulak tu, ish3. 

ni la rope nasikknyeeeeee

Ala...lupe nak rotate..haha.......

Cuci mata..

Tak pasti nak letak pic mana. Mase aku tunggu bas punye la lame pagi tadi, tiba-tiba aku terlihat awan yang cun! Cun okeh! Macam bukit ape ntah. 



Thursday, May 17, 2012

Sarapan

Saje je nak cite pasal sarapan. Pizza. Terang-terang memang tak sihat kan? Tapi orang degil memang suka makan menda yang dilarang. Makan sesungguh-sungguhnya. 3 keping selamat. Pastu, masuk plak staff department ni cakap "Ni ada bau pizza la, u makan pizza ek?". Dah terang-terang pizza ngah dingap oleh aku dan ade 2 keping lagi kat piring, lagi mau tanya. Nak, cakap aje laaaaaaaaaaaa.....

3 keping okeh!


Ni aku makan, time ni la aku disergah..cait!!

Keju ni la membuatkan aku rase x kenyang

Tuesday, May 15, 2012

Alternatif Iklan Along Bukit Beruntung

Korang pernah nampak iklan along di mana-mana kan? Kat tepi dinding, pintu, bus stop & macam-macam tempat lagi. Hari ni dalam sejarah, along kan terkenal dengan iklan free dia kan, pagi-pagi aku nampak ade iklan kat daun. Daun beb...kononnya bila kontrak dah habid, daun pun gugur la? Bajet macam auto gugur kan? Cit! Memang lawak. Pagi-pagi dah membuat hai aku berbunga-bunga. Eh, bukan, berdaun-daun.

Aku memang takde nak edit-edit bagai lah!

Korang ade? Aku ade....nak tempah maut, sila call nombor yang ada tu.

Monday, May 14, 2012

Pengangkutan Awam

Nak cite pasal pengangkutan awam, memang masalah biase la kalau tunggu lama-lama kan. Aku sebagai pengguna setia, haruslah tenang dan sabar kan. Aku memang selalu menggunakan LRT, bas dan Komuter. Jadi setakat nak tanya stesen ape yang nak kene pegi kalau nak ke destinasi mana-mana, aku memang expert lah. Kalau nak tipu aku tren lambat ke, tren jauh ke, memang salah orang la. Aku boleh estimate brape lama jalan dari LRT ke destinasi mana-mana. Punya la setia kan. Ape boleh buat, itu ajelah yang aku mampu. Kereta mane nak mampu beli, dengan gaji yang ciput, dok kat kotaraya. Alahai..


Sumber :Google (besar punya gambo aku letak!)

Aku nak cite pasal pengguna. Kebanyakan memang tak prihatin. Dulu masa aku pregnant, memang lah sangat menyeksakan. Dari opis naik bas sampai LRT, pastu tukar plak kat Masjid Jamek, tangga bukan sikit-sikit punya rendah, tinggi macam gunung. Sabarjelah. Itu pun orang susah nak bagi duduk. Buat-buat tido, sembang-sembang, text-text kawan, buat muka penat. Ok aku paham. Alhamdulillah, aku dikurniakan kudrat yang lebih sket dari orang mengandung biasa ni. Berdiri lama pun memang tak ada masalah. TETAPI, prihatin tetap kene ada. Ko mampu ke nak mampus bile orang tengok-tengok ko tak bagi duduk kat orang yang memerlukan kan? Alahai, aku tak cakap orang Malaysia saja, tetapi semua orang, kebanyakan, memang macam tu lah. Terutama KOMUTER. Naik ladies coach tu, ko ingat ko dapat ke tempat duduk> Orang nak bagi? Aku berani kerat jari sebab aku pregnant 9 bulan pun orang buat tak tahu je okeh! Aku bawak banyak barang pun, orang buat tak tahu aje. Dugaan Allah tu sentiasa ada kan. Tu la Allah kurniakan kudrat yang lebih sket, sebab Dia tau, sukar untuk aku hadapi kalau aku lemah.



GAGAL...full stop!!

Eceh..bukan gagal ape pon. Semalam, aku menghadirkan diri ke ujian undang-undang (baru nak amek ujian dah tua ni). Ujian nak amek lesen le gamaknye..konon dulu tak nak amek lesen, sebab bas RapidKL kan ade. Itu lah pengangkutan aku pergi balik kerja setiap hari dan ketika. Dari sebelom kawin, sampai la lepas kawin. Dari sebelom beranak, sampai la selepas beranak. Aalhai, macam-macam dugaan jugak la aku tempuh, tapi, RapidKL tetap menjadi pengangkutan utama. Nak buat macamana, pergi ke PJ ade bas, dari Puchong ke Kolumpo, ade bas, nak ke Putrajaya, ade bas dia..semuanya dia..


At last, suamiku dah fed up. Dia suruh aku amek lesen dan end up nya - GAGAL. Ape boleh buat. Takkan aku nak melalak kat penyelia tu suruh aku masuk bilik tu balik dan amek ujian secara free..bukan free woi! RM50 kalau nak ulang balik. Aku redha. Frust pun ye. Nak buat ape lagi, aku balik ke Kajang dengan hati yang sebal. Bayangkan dari Puchong Perdana ke Kajang, tak ke bernanah kaki nak menempuh 3 bas? Jauh kan? Tu rumah mak aku. Rumah aku kat area Puchong je sebenornye. Baik ati juge le suami aku nak tolong bayorkan lesen tu. Hahahahaha...aku rase ramai yang fail sebab semuanya keluar bilik dengan muke kelat-kelat. Berserah aje lah kan. Ko mane boleh goda amoi penyelia tu, sat gi kene side kick plak.

Muke sebal..

Thursday, May 10, 2012

Baby & Mag --

Mula kerja, baca paper dulu...Mami & baby..Kosmo & Star



Sebab-sebab aku suke bace mende2 ni..


  1. Star tempat aku cari tempat sopink, kerja kosong & gosip hangat. Suratkhabar lain ade ke berita hangat yang best? Ada, tapi mungkin sikit jelah kan.
  2. Kosmo, akhbar tabloid, mungkin sebab dia simple, jadi, senang nak paham. Berita pun tak de la ke laut je memanjang kan..
  3. Mami & baby, penuh info pasal baby & me. Bagus untuk sape2 yang ade baby.


Kekadang info-info ni bukan mudah nak jumpe kat majalah lain, selain internet.


Kolik, penting untuk baby-baby.. Kekadang tak sendawa lagi dah tidurkan dia kan.
Simptom-simptom yang biasa :-
  • Sesi menangis yang kerap dan keterlaluan - biase terjadi sebelum baby berumur 4 bulan. Tetapi, boleh juga terjadi dengan lebih lama.
  • Menangis yang tidak boleh diterangkan - X de masalah sebenornye, cume ianya didefinisikan sebagai kolik. Nangis je tak berenti, payah jugak kan..aku pernah jadi macam tu juga.
  • Menangis keterlaluan dan ketidakselesaan - Baby jadi cerewet, meronta-ronta, mengeraskan otot-ototnya, mungkin kolik penyebabnya. Mungkin diiringi tangisan terlampau dan muka pun jadi merah. 


Sebabnya ialah masalah penghadaman dan kerisauan. Angin, asid refluks dan gastritis - pembengkakkan, hakisan atau gangguan di lapisan perut. 

Penyelesaiannya?
Gripe water - air mengandungi herba seperti jintan, jintan hitam & halia. Boleh je dapat di farmasi yang berdekatan. Kalo tak ada, cari kat jauh-jauh pulak.



Mereka sukakan penjelajahan. Biarkan mereka ... Selagi selamat, kita sebagai ibu bapa, biarkan mereka membuat pilihan sendiri =)


           Tengok tu, kan suke dia..makan selagi boleh makan...       Pic - cilok from Deviantart       





Artikel - Cilok from Mami & Baby mag                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Wednesday, May 9, 2012

Nabil bertunang.


Adik iparku bertunang. Bukan jauh pon, kampung sebeloh aje. Kui3.Gambo lagi banyak dari cerita okeh!!


Dalam perbincangan..


Time ni anak aku nak meragam....mereka tengah bergurau senda dua pihak


Tengok2, Atif dah start...elok je dok kat pak dia. 


Time ni best, dok nego2 harga la...(cm beli umah plak)


Atif dh nak melalak..last2 aku pegang dia..



Aku punya ama martua yang pakai tudung coklat tu...belakang dia biras aku, Kak Yong,


Antara hantarannya,



Namanya Wan..tu aje aku tau