Friday, September 28, 2012

Roti?

Laki aku suruh amek kursus dan berniaga roti depan sekolah. Sebab sekolah rendah akan dibuka tahun depan kat area rumah aku ni. Aku pada mulanya rasa macam malu jugak la. Tapi, bila pikir balik, buat apa nak malu, kita berniaga kan. Kalau nak secara ikut undang-undang, aku pasti akan ikut. Masuk tender kantin memang tak mampu lah untuk aku sebab mane nak dapat beribu-ribu duit kan.

Jadi, aku dan laki aku akan daftar diri untuk kursus roti dan kuih talam. Mana tahu rezeki ada di situ kan. Amin.

Tuesday, September 25, 2012

Fasa jatuh

Mase kecik-kecik, kita biasa sangat jatuh kan. Bila jatuh mesti nangis. Mak kita buat tak tau je kan melainkan kalau berdarah atau teruk sangat kita nangis.

Same goes to my baby. Sangat ligat. Hari ni saja dah 3 kali jatuh sofa atau sendiri sampai benjol, sekali pulak tersepit laci. Masih berlagak tak nak pegang untuk meniti. Hadoi....... Padan muka! (Gelak jahat)

Umur 8 bulan mula pandai berlagak nak lepas-lepas tangan untuk berdiri. Tapi akhirnya, jatuh macam nangka busuk! Naseb la kan dapat mak yang kurang perasaan tragik macam ni. Kalau mak lain, mesti dah berderu-deru pegi ke anak. Aku relaks dulu dalam beberapa minit tengok dia macam mana. Kekadang tak boleh dimanjakan sangat. Nanti bila dia dah biasa, habis la.

Kalau dia menuju ke kawasan larangan (belakang tv, dapur dan bilik air). Memang suara aku la sangat lantang menjerit AAAAAAAAAAA.. Lantak la jiran sebelah nak kata ape. Janji anak aku selamat. Kang yang jatuh, anak aku. Haha.

Friday, September 21, 2012

Petua lecur-lecuran?

Petua ni aku ambil dari petua.com ke ape tah. Mase tu kalut dok cari petua untuk si Awatif kene percikan minyak panas. Petua dia senang aje. Telur amek sebijik. Gred A pastinya akan rugi kan? Aku amek telur paling kecik iaitu gred F. Aku sapu kat tempat kene lecur tu.

Memang mujarab sebab kulit baby kan sensitif. Jadi, bile letak tu, memang hanyir tu jangan dok cakap la kan. Nama pon telur. Tiap kali kering aje, letak lagi bancuhan telur tu. Kering aje, letak lagi sampai la dia ok. Aku letak dalam 5 6 kali aje. Sebab lepas tu dia tido. Alhamdulillah, semuanya ok. Kesan lecur tu tak nampak.

Monday, September 17, 2012

Hari ni hari pau

Aku telah mengepau laki aku untuk membeli bahan-bahan bikin pau. Ok la, gebu sebab guna tepung pau. Haha. Kalau tepung gandum, memang tak berapa gebu la. Warna pun memang tak cantik macam pau guna tepung pau. Berpeluh jugak la aku bikin.

Setelah dibiarkan beberapa minit..


Tupperware punya steamer ajelah aku mampu....

Hasilnya. Bunjut-bunjut tu laki aku yang ajor...aku tak reti...jadikla mcm tu..

Baby Sudu

Haha..aku pelik juga bile first time tengok baby sudu. Aku penah tengok sudu anak dan sudu bapak aje...atok sudu tu Senduk la. Haha. Tibe-tibe laki aku terbawa balik baby sudu tu. Aku tengok kecik sangat. Dia tu memang selalu seludup kutleri. Tapi bawak balik sana balik ar. Ada yang 'tertinggal' di sini. Aku pon dengan selambanya guna la kan. Dok sudu-sudu garam. Senang. Sebab kecik.

Bapak Sudu, Anak sudu dan Baby sudu.

Comel kan?