Friday, September 21, 2012

Petua lecur-lecuran?

Petua ni aku ambil dari petua.com ke ape tah. Mase tu kalut dok cari petua untuk si Awatif kene percikan minyak panas. Petua dia senang aje. Telur amek sebijik. Gred A pastinya akan rugi kan? Aku amek telur paling kecik iaitu gred F. Aku sapu kat tempat kene lecur tu.

Memang mujarab sebab kulit baby kan sensitif. Jadi, bile letak tu, memang hanyir tu jangan dok cakap la kan. Nama pon telur. Tiap kali kering aje, letak lagi bancuhan telur tu. Kering aje, letak lagi sampai la dia ok. Aku letak dalam 5 6 kali aje. Sebab lepas tu dia tido. Alhamdulillah, semuanya ok. Kesan lecur tu tak nampak.

No comments:

Post a Comment