Wednesday, May 30, 2012

Meniarap

Awatif baru pandai meniarap pada 28 May 2012. Aku lame dah menunggu saat ini, pasni merangkak pulak kan. Dia dah pandai bubbling, cakap ummi, abi dan ibu, senyum, refleksi pada cermin tu dah semakin mudah. Cuma punggung berat, payah betul nak meniarap. Susu pun dah meningkat pada 5oz. Tiap-tiap bulan 5 kotak (dalam ada 2 peket) susu NAN. Mahal pulak tu, tapi takpe, demi anak kan. Umur 6 bulan nanti tukar susu lain pulak kan. 


Tuesday, May 29, 2012


Pada suatu hari (Eh, malam). Dah lama dah gambar ni, cuma baru saja diupload. Setelah sekian lama, laki aku baru la dapat cuti di hari minggu. Sukar bersuamikan lelaki yang kerja bahagian hotel ni, tetapi, masa dia cuti di hari minggu adalah masa yang paling berkualiti. Kang anak tak kenal bapak pulak kan. Kami pegi ke IOI mall, memang padat dengan manusia-manusia yang suka shopping sakan ni. Memang respek la mereka ni, senang je nak berjalan-jalan kan? Alahai, aku ni punya la susah nak mencari masa. 



















Lain Fakta?

Selalu bila aku baca suratkhabar, aku mesti akan bandingkan dengan suratkhabar lain. KERANA, kebanyakan suratkhabar hanya akan mengeluarkan fakta sensasi untuk pembaca dungu macam aku ni. Dungu macam mana? Dungu seperti aku yang selalunya akan percaya semua berita dalam rencana itu. Dan aku akan komplen-komplen la (macam pandai aje aku ni nak mengomplen bagai). Aku sertakan gambar seperti di bawah.

Berita Harian

Kosmo


Aku letak gambo aje, malas nak komen lebih-lebih sebab aku bukan arif di bidang ini. Tak ke pelik semua berlumba-lumba nak keluarkan fakta paling sensasi di dunia? *Sigh*

Tuesday, May 22, 2012

Kereta


Laki aku merancang untuk beli kereta. Maklumlah, sekarang guna kereta kecil aje. Nak bawak stroller pon kene pk banyak kali, balik kampung pon nak kene pk, bawak stroller ke tak. Kalau bawak, memang tak muat beg-beg lain. Tetapi, bajet kene pk juge kan. Sekarang, ade banyak pilihan seperti di bawah :-

Alza...memang cantik dan keboom!! Sesuai dengan bajet kami.

Livina X-Gear  - Yang ni memang aku aim, sesuai dengan kami yang muda (MUDA ke?) dan aku suke sebab besar pun besar.


Erm..yang mana satu pilihanku? Kereta kecil tu boleh aku bikin pegi mane2 dengan anak aku bile si dia sibuk bekerja kan. Maklum le, aku baru nak amek lesen. Haha


Monday, May 21, 2012

Twinkle Twinkle

Lagu Twinkle Little Star tu kan selalu juga kita dengar time kecik-kecik dulu. Anak aku pun suke juga. Mengamuk dia kalau aku tutup. Memang kene la sentiasa bukak. Bukan tak nak bukak zikir-zikir ke ape, tapi aku memang bukak, kekadang bukan lagu-lagu. Memang budak-budak kan suka lagu yang senang kan. Happy je rasa. Semua lagu kanak-kanak kat youtube aku download. Aku buat flash cards untuk dia. Sebab jimat. Boleh aje download kat internet, bukan susah pun kan. Nak beli mahal-mahal, aku lebih suka buang duit tu ke benda keperluan dia. Senang aje nak download, cari aje kat Google. Masa lepas pantang, aku bagi dia kad warna, tak tau la ape tujuan dia tapi dia lebih fokus bila tengok kaler-kaler. Gelagat dia time weekend memang best. 



Twinkle..