Tuesday, August 14, 2012

Iklan Kurus

Mule-mule, aku pelik, kenapa orang Malaysia taksub sangat nak kurus? Padahal, boleh je kurus kalau ko rasa nak kurus dengan diet yang seimbang dan rigid (memang tak patut tapi itulah yang berkesan!)

Banyak sangat iklan kurus sana sini termasuklah dalam majalah Mingguan Wanita. Pada mulanya, aku ok-ok saje la sebab aku memang saje nak cari produk yang serasi dengan aku contohnya produk susu kambing ke, untuk baby ke. Bile lame-lame, aku jadi muak pulak, sebab banyak sangat ubat rangsangan seks dan kurus menjadi produk utama jualan mereka.

Bagi aku, tak salah la ko nak jual ape-ape yang ok bagi ko kan. Ko nak untung berlipat ganda pon takpe. Tapi semuanya nak kurus, semua nak makan ubat tahapape2 tu, boleh jadik kesan yang buruk tau. Aku ade pengalaman. Sebab aku juga nak kurus melengking mase sebelom kawen dulu.


Credit to Google


Produk pertama aku guna ialah Premium Beautiful. Ye, aku gune PB sebab aku memang senang terpengaruh. Mahal plak tu. Sabar ajela kan. Oleh kerana boleh bayar ansur-ansur, maka, aku pon belilah dengan relanya. Memang berkesan, tapi ko kene tahan la perot ko memang akan rasa tersepit dan sakit sangat. Aku tak tahan. Nak pakai bengkung dia, memang ade parut. Jadi, memang naseb la sampai bebile pon aku takkan pakai. Mahal aje lebih. Pada aku, disiplin memang kena ada la kalau nak kesan lebih baik. Tapi aku bukan jenis begitu. Badan aku nant tak gebu sebab ade parut-parut kat perut pulak.

Credit to Google


Produk kedua aku guna ialah Pil Lami. Pil Indon ni. Aku pakai sebab kawan akuyang syorkan kalau nak kurus cepat. Memang kurus wei, jeans lama aku semua boleh pakai. Tapi kesannya memang sangat dasat! Aku rasa berdebor tak kire masa. Pastu kawan aku plak baru cakap, JANGAN MAKAN! Aku pelik nape JANGAN MAKAN? Rupanya dah ade orang mati sebab makan pil ni. Erk!!!!!


Credit to Google


Lepas tu, terus aku tak makan ape-ape ubat kurus. Dan aku tka taksub lagi dengan ubat kurus! Takut wei!!!! 


Tapi kalo ko nak kurus sebab nak tunjuk kat orang lain ko boleh pakai ketat, baik ko jalan ke laut..

Credit to Google
Nak bagi nampak poen la, tut tut la..tak perlulah kot..

Monday, August 13, 2012

Baju Raya

Oleh kerana tahun ni balik Ipoh, aku tak pasti bila aku boleh balik Muar.

Dan baju raya pun ala kadar. (ala kadar la sangat, 5 bulan tempah takj amek2 lagi sebab rumah member aku jauh gile kat cheras.)

Baju Awatif pon tempah kat adek aku.

Laki aku taktau la beli ke tak kan.

Bila raya, memanjang duit menjadi masalah utama. Nak bagi duit raya kat anak buah, nak bagi kuih-muih lagi. Aku memang order kek lapis Sarawak dan kuih coklat salut nestum kat Kak Ila tu aje.

Maklum la, nak jimat-jimat pun, memang akan jadi shortage gila-gila tang duit punya!

Alahai raya...


Sedih sebab tahun pertama raya tanpa ayah...

Monday, August 6, 2012

Sama tak?



Segala makanan di waktu Ramadan.

Aku memang suka makan. Time berbuka adalah waktu yang amat sesuai untuk aku memilih segala makanan yang ada di dunia ini. Ahaks!

Aku memilih bermacam-macam dan apa gunanya kalau berbuka sorang-sorang aje kan. Aku suka snap gambo makanan.

Murtabak yang aku memang suka sejak dari kecik lagi. Hanya guna kulit popia saja.

Sp ayam+carrot+kubis. Boleh tambah sikit sup ni dalam bubur si comel.

Sambal termanis..aku memandai nak tambah gula kan.


Ayam goreng saja. Nama pon berbuka sorang-sorang. Memang malas kan.

Timun Jepun. Al kisahnya nak berdiet kononnya. Haha

Dim Sum -  Beli kat Bazar Ramadan Prima Saujana.

16 biji - RM10 (mahal la juga bagi aku sebab tengok kecik-kecik kan)


Best. Makan sampai muak!!

Thursday, August 2, 2012

Kelana Jaya

Semalam aku berbuka di Kelana Jaya. Pergi la bazar ramadan kat situ. Dengan incik husband la.. Sebab nak balik rumah memang tak menyempat la kan. Jadi kami berbuka di Giant Kelana Jaya. Beli la ape-ape yang patut. Gulai kawah tak termasuk dalam gambo sebabaku beli untuk sahur esok paginye.

Popia Basah,.,.tak sedap