Aku dinaikkan pangkat, fuh!!~ Rase cm kat haven beb..then, kerja makin berlambak.
Hari ni, aku tipu date untuk audit. Gila tak? Haha, rase cm gila tapi senang aje kalo nak kowtim kan. Petang ni plak mendung aje, rancang nak g OU. Sempat tak? Hurm..
Friday, January 28, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Meniti Hari
Di sekeliling ku, pohon-pohon pain tinggi melangit,
Angin kencang mendebarkanku,
Langit mulai redup dan kusam,
Daun-daun bertebaran menampar pipiku,
Di tengah tanah lapang, di tengah hutan,
Tanpa sesiapa melihat dan mungkin menolongku,
Melainkan Dia yang maha melihat,
Setiap rongga kecil hatta sekecil zarah,
Terkesima aku kerana,
Masih aku diberi peluang untuk menghirup keajaiban Allah yang tiada tandingan,
Seperti mana kita melihat sungai yang tiada putusnya,
Seperti itulah sepatutnya kesyukuran kita kepadaNya,
Namun, masih ada yang tiada menyedarinya

Monday, January 24, 2011
Ketabahan dan pengertian
Hidup sentiasa memerlukan pengertian,
Ada makna di sebalik setiap suara,
Ada pengajaran di sebalik kekhilafan,
Hingga akhir nanti,
Kita takkan dapat menilai seluruh alam,
Manusia sendiri tak pernah puas dengan apa yang diterima,
Dan takkan bersyukur,
Kerana kita memang takkan mengerti..

Sunday, January 23, 2011
Kerja
Di mana kita akan dapat lihat dunia melalui kerja?
Kekadang rasa terhina dan terluka dek kerja?
Manusia sering memahami aku tetapi bukan mengerti....
Apakah di sebalik cinta terhadap kerja itu akan dapat sesuatu yang indah?
Jika ikhlas, mungkin ya.
Jika tidak? Sekarang mungkin bahagia tetapi kemudian hari..?

Subscribe to:
Posts (Atom)