Thursday, March 14, 2013

Pau sambal perasa petai

Pernah makan pau sambal petai?

Almaklumlah aku rasa memang petai tu tak sedap, lain orang, lain rasa dia kan.

Alkesahnye, aku balik dari kelas kat UITM Shah Alam, aku singgah la kedai makcik ni, jual kuih-kuih, tengok sedap-sedap belaka. Makanya, aku pon memborongla pau sambal.

Terkesima aku, rasa sambal petai! Gosh!! Habis aku mulut bau petai dowh!!!!!!

Monday, February 18, 2013

Overprotected.

Over protected.

Bila anak korang jatuh, apa korang buat? Aku akan amik masa untuk angkat dia. Tak tahu kenapa. Melainkan kalau anak aku betul-betul cedera atau teruk sangat.

Tapi tak semua orang paham cara aku. Ingat aku tak sayang anak. Anak sendiri sapa tak sayang. Nak fully custody pon tak perlu cakap bukan-bukan. Aku masih sayang anak aku.

Tapi, bilamana kita diperkatakan begitu, rasa nak sepak tak?


Sunday, February 17, 2013

Sahabat Sejati

Kalau korang sedih, apa yang korang buat? Aku kalau sedih, happy atau ape pon, aku masih di hadapan laptop. Kenapa? Sebab aku tak de sape nak luahkan perasaan aku. Hanya di sini saja aku dapat luahkan. Kawan aku semua dah kawen ma, jadi, untuk aku kongsikan masalah, agak sukar. Yang bujang, aku segan. Huhu..

Saturday, February 16, 2013

Balik kampung

Bila sibuk dengan anak, kelas dan lain-lain, aku mula jadi macam macai yang kalut gila.

Rumah baru cat (ehem), sudah lama tak masuk sini. Aku hanya bekerja 1 bulan lebih (semasa laki aku ada di Jakarta).

Memikirkan yang aku nak amek kursus, kursus buat kuih talam, roti.

Nak balik kampugn tak tahu bila. Sampai bila-bila pon aku tak balik. Haha. Gila!

Mak mertua aku kata ape plak nanti.

Idea masih tepu di otak. Tak mahu keluar, cair la idea.....

Sunday, October 28, 2012

Burger Kaw Kaw tak sedap?!

Dalam kategori jalan-jalan lah. Sebab aku nak mencari burger ni memang kena melilau-lilau dulu. Walaupun dekat aje dengan rumah, Puchong, tapi, aku masih kabur-kabur tempat ni di mana. Signboard ade separuh jalan aje.

Masuk Lokas Makana ni, ade la burger kaw-kaw yang orang dok kata sedap seperti McD la, burger tinggi seperi menara la, daging bikin sundiri la. Aku pon sebagai 'food lover' ni gigih la pergi ke sana semata-mata nak tengok burger ni secara dekat. Jiran jauh aku cakap cepat habis, sebab dia kempunan nak makan burger ni time mengidam anak kedua dulu.

First, aku singgah dulu. Singgah-singgah, tengok-tengok, pastu baru beratur. Nak menunggu orang order, ko boleh habiskan air milo satu tin la. Sampai laki aku tak tau nak tunggu tang mana. Sebab dia kene bagitahu nombor meja dulu. Aku nak snap pic, mintak mahap la sebab aku malas nak menunjuk-nunjuk aku sorang aje ade kamera. Tengok diorang gril daging, bacon, goreng hotdog, semuanya sekali banyak Mungkin permintaan sangat tinggi, so, depa taknak la lambat-lambat punya service kan.

Aku order ntah ape nama menunya tapi ada daging ayam, bacon, hotdog 3 batang. Belas-belah jugak la. Yang aku tak brape puas hati, aku bayar mahal-mahal, ROTI SEJUK, DAGING KONON TINGGI TAPI DIA LIPAS AJE, HOTDOG PON MURAH PUNYA. Tak berapa semenggah la dengan harga dia. Daging ok-ok aje la. Tapi kalau roti sejuk, serta merta selera pon sejuk aje. Patutla aku tengok dalam gambo macam tinggi, rupanya, dia LIPAT aje.

*Sigh*

Makan ayam penyet lagi best. Laki aku order ayam penet dia goreng panas-panas. Asam pedas pun sedap juga. Aku lebih suka burger biasa-biasa aje. Roti panas, daging panas. boleh request macam-macam.